Thursday, 11 October 2012

PENGAJARAN MIKRO

PENGAJARAN MIKRO

Pengajaran Mikro

Definisi Pengajaran Mikro
Pengajaran mikro merupakan satu daipada perkembangan yang paling penting dalam bidang pengajaran praktik. Pengajaran ini bermula di Uni Stanford 1963. Pegawai-pegawai yg diketuai oleh Dwight Alter di Pusat penyelidikan dan perkembangan dalam pengajaran telah mencipta suatu pendekatan bagi latihan perguruan praktik dgn menggunakan teknik-teknik seperti amalan kumpulan,kawalan rapi,kaedah yg lebih analitikal dan satu pendekatan yg baru utk mendapatkan maklumat semula. Sejak itu, teknik ini telah digunakan dengan meluas di Britain dan USA.

Pengajaran Mikro merupakan satu pengajaran skala kecil yg bertujuan melatih guru-guru pelatih dalam kemahiran set induksi,penyoalan,variasi ransangan,memberi penerangan,menggunakan contoh dan ilustrasi,pengukuhan,menggunakan papamn kapur ,BBm dan penutup

Pengajaran Mikro merupakan satu teknik pengajaran dalam masa 5-15 minit utk megajar sesuatu kemahiran tertentu bagi satu kumpulan murid. Ianya sama dengan penggunaan teknik simulasi utk menguasai kemahiran-kemahiran pengajaran tertentu. ( Mok Soo Sang )

Pengajaran mikro merupakan titik permulaan dalam program latihan mengajar bagi guru pelatih yg mengikuti kursus perguruan di maktab @ institusi perguruan. Pengajaran moikro merupakan persediaan bagi guru pelatih sebelum menjalani praktikum di sekolah
( Poh Swee Hiang 1997 )

PENGAJARAN MAKRO

PENGAJARAN MAKRO

Definisi Makro
  Makro bermaksud awalan yang banyak
  Pengajaran makro merangkumi segala proses pengajaran,sekurang-kurangya satu unit kemahiran,dalam sesuatu waktu pelajaran. Di dalam proses makro meliputi tiga peringkat pemulaan pengajaran,perkembangan dan penutup
  Merupakan simulasi  satu pengajaran yang lengkap kepada satu kelas biasa.simulasi boleh dilakukan di dalam bilik darjah,makmal atau bilik previu
  Pengajaran makro merupakan kesepaduan teknik-teknik pengajaran mikro yg disokong oleh perancangan pengajaran pembelajaran yang sekian lama dipelajari.

Objektif Pengajaran Makro
  Menyediakan suatu kemahiran lengkap kepada semua guru pelatih.
  Mempraktikana suatu suasana sebenar apabila mengajar
  Memperbaiki kelemahan-kelemahan pengajara yang berlaku di samping mengukuhkan kelebihan mengajar

Kepentingan Pengajaran makro
  Memberi peluang kepada guru pelatih mempraktikkan kemahiran mengajar satu demi satu dalam situasi yg terancang .
  Mengurangkan pelbagai masalah dlm pengajaran biasa disekolah
  Meningkatkan keberkesanan kurikulum dan keadah baru kpd beberapa org pelajar
  Membolehkan guru menjalankan amali sebenar- benarnya sebagai melatih diri utk mejadi guru

Matlamat makro
  Melahirkan guru-guru yg mempunyai keyakinan yang tinggi apabila mula menjalankan tugas kelak
  Menjadi lebih berkaliber dan kreatif semasa menagajar
  Pendedahan yg dipelajari semasa di maktab menjadi satu kayu pengukur dalam menjalankan pengajaran
  Mengetahui setiap persediaan yg perlu dibuat apabila memulakan tuigas mengajar

Perancangan
  Kejayaan bergantung kepada perancangan yang rapi.
  Komponen persediaan;- tarikh/masa/mata pelajaran/kelas/bil pelajar dan tajuk
  Kemahiran:-nombor kemahiarn /isinya
  Pengetahuan sedia ada
  Objektif pelajaran (kognitif/psikomotor/afektif)
  Sumber P&P
  Penerapan Nilai murni
  Penggabungjalinan kemahiran

Komponen Penyampian
  Set induksi
  Perkembangan- langkah pengajaran.
  Strategi pengajaran

Langkah pengajaran makro
  Set Induksi
  Perkembangan
  penutup

Kaedah Membaca (Kaedah Abjad)

Kaedah Membaca (Kaedah Abjad)

Kaedah Abjad


Menurut Azman Wan Chik (1993), kaedah abjad dianggap sebagai kaedah nama-nama huruf yang digunakan di dalam tulisan Melayu, iaitu huruf a hingga z. Kaedah ini merupakan kaedah yang paling biasa digunakan dalam mengajar mengeja dan membaca perkataan. Murid-murid diajar menghafal nama-nama huruf secara mengikut turutan bermula dari a hingga z. Kemudian kanak-kanak diajar mengenali huruf-huruf vokal a, e, i, o, u, huruf-huruf konsonan, dan diftong ai, au, oi.  Selepas itu, huruf-huruf ini digabungkan bagi membentuk suku kata dan seterusnya perkataan.
Contoh:   Memperkenalkan huruf a - z
1.                    Memperkenalkan huruf vokal a, e, i, o, u
2.                    Menggabungkan huruf konsonan dan vokal  -  ba, be, bi, bo,  bu
3.                    Membentuk perkataan daripada suku kata -  ba + ju           baju
4.                    Membina rangkai kata – baju biru
5.                    Membina ayat mudah – Ini baju biru Abu
Kekuatan kaedah ini adalah kerana sesuai dengan binaan perkataan bahasa Melayu yang terdiri daripada suku kata yang tetap bunyinya.  Kaedah ini juga membolehkan kanak-kanak mengeja perkataan-perkataan baharu yang belum dipelajarinya.  Selain itu, kaedah ini memberi asas yang kukuh dalam kemahiran membaca.
Teknik pengajaran boleh juga dimulakan dengan guru menunjukkan kad abjad kepada murid dan guru menyebut terlebih dahulu abjad-abjad tersebut untuk memperkenalkannya kepada murid. Kemudian, sekali lagi guru menunjukkan kad-kad abjad tersebut dan meminta murid untuk mengenal pasti dan menyebut abjad-abjad yang ditunjukkan dengan bantuan guru.
Guru membetulkan setiap kesilapan sebutan murid sewaktu kad-kad abjad ditunjukkan. Proses ini diulang sehingga murid mampu mengenal pasti dan menulis abjad-abjad yang telah diajar. Seterusnya, guru melekatkan kad-kad abjad tersebut di papan hitam. Guru akan memilih murid secara rawak dan meminta murid tersebut mengambil kad pada papan tulis berdasarkan apa yang disebut oleh guru. Selepas itu, murid diminta membuat latihan bertulis dalam buku masing-masing. Guru akan menyebut abjad manakala murid perlu mendengar dengan teliti dan menulisnya dalam buku.

Kaedah Membaca (Kaedah Seluruh/Pandang dan Sebut)

Kaedah Membaca (Kaedah Seluruh/Pandang dan Sebut)

Kadah Seluruh / Pandang Dan Sebut


Kaedah seluruh kata sangat popular dalam mengajar bacaan dalam Bahasa Inggeris, namun guru boleh mencuba kaedah ini untuk mengajar membaca dalam bahasa Melayu. Kaedah ini juga disebut sebagai Kaedah Pandang dan Sebut.
                  
Melalui kaedah ini, pengajaran membaca adalah berdasarkan perkataan-perkataan yang biasa diguna seharian yang  membentuk kebanyakan  pertuturan kita seperti saya, minum, kopi, sepak, bola emak, bapa, adik, abang, kawan, dan sebagainya.  
Guru akan memperkenalkan beberapa perkataan dahulu dan  menyebutnya berulang-ulang. Kebiasaannya perkataan tersebut disertakan gambar dan murid belajar secara pandang (visual) dan mengecam perkataan.  Kaedah ini tidak menggunakan aktiviti mengeja  sama sekali.
Sekiranya murid tidak dapat  menyebut perkataan tertentu, guru digalakkan menggunakan  fonik atau bunyi huruf, iaitu menghubungkan satu huruf dengan satu bunyi untuk membantu murid menyebut perkataan tersebut.  Misalnya bagi perkataan ”rumah”, guru boleh membantu murid dengan menyebut bunyi huruf ”r”,  iaitu [ r ] dan kalau perlu membunyikan suku kata [ ru ]
Dasar kaedah ini ialah menggunakan perkataan dari mulanya tanpa mengenalkan dan menghafalkan huruf-huruf abjad terlebih dahulu. Perkataan-perkataan yang diperkenalkan itu disertakan dengan gambar. Kaedah ini mementingkan bunyi perkataan atau rangkai kata berdasarkan pengalaman melalui gambar dan bunyi ayat atau cerita berdasarkan gambar.
Kanak-kanak dilatih melakukan dua kemahiran dalam satu masa, iaitu menyebut keseluruhan perkataan dan melakukan pengesanan terhadap rangsangan berbentuk gambar. Guru kerap kali menunjukkan seluruh perkataan seiring dengan gambar-gambar yang dilambangkannya. Contohnya, perkataan “bunga” ditulis di tepi atau di bawah gambar bunga. Kadang-kadang ini boleh digunakan sebagai kad-kad imbasan.

Kaedah Membaca (Kaedah Bunyi/Fonik)

Kaedah Membaca (Kaedah Bunyi/Fonik)

Kaedah Bunyi Fonik

Kaedah fonik adalah antara kaedah mengajar bacaan yang digemari oleh guru.  Kaedah ini menekankan tentang hubungan bunyi-bunyi dengan huruf-hurufnya.  Kaedah bunyi sesuai digunakan kerana susuk bahasa Melayu yang terdiri daripada suku kata yang tetap bunyinya.
Menurut kaedah fonik, hanya bunyi huruf yang diperkenalkan terlebih dahulu, kemudian diikuti dengan membunyikan suku kata dan seterusnya membunyikan perkataan.
Dalam bidang fonetik,  huruf  tidak dieja tetapi  terus dibunyikan. Contohnya huruf ‘a’ disebut sebagai [ a ], dan begitulah bagi huruf-huruf dan suku kata  yang lain. Sebagai contoh, ‘ba’ +  ‘ta’ terus disebut sebagai  [ ba ] + [ ta ] dan seterusnya disebut sebagai 
 [ bata ].
[ beh ]  +  [ a ]  =  [ ba ]
[ teh  ]  +  [ a ]  =  [ ta ]
[ beh  + a = ba] +  [teh + a = ta ]  =  [ bata ]
Kanak-kanak seawal usia tiga tahun dapat mengecam dan membezakan bunyi-bunyi dan bentuk-bentuk. Oleh itu, dengan teknik yang betul anak-anak dapat mengenal bunyi dan mengaitkan bunyi tersebut dengan bentuk huruf yang ditunjukkan dengan cepat.
Anak-anak dapat menyebut bunyi ‘aa’ apabila melihat huruf ‘a’ (nama huruf ‘ei’) dan bunyi ‘ii’ apabila melihat huruf ‘e’. Sehubungan itu, apabila anak-anak melihat perkataan ‘ani’, dia akan menyebut bunyi ‘aa’ ‘nn’ ‘ii’     ( bunyi ani) bukannya ‘ei’ ‘en’ ‘ai’ (bunyi enai).
Beberapa teknik mengajar bunyi boleh dilakukan oleh ibu bapa tetapi kaedah asosiasi adalah yang terbaik. Melalui kaedah asosiasi, bunyi ‘aa’ tersebut boleh dikaitkan dengan aksi terkena api. Jadi buat aksi orang terkena api sambil menjerit ‘aaa... panasnya!’ Melalui asosiasi ini anak dapat mengingat dan menyebut bunyi dengan lebih berkesan, cepat dan berkekalan. 
Guru tidak perlu memperkenalkan semua bunyi sekaligus cukup sekadar beberapa bunyi asas terlebih dahulu. Sila dapatkan siri cepat membaca ’Bacalah Anakku’ yang telah disusun secara sistematik dalam pemilihan bunyi-bunyi huruf yang sesuai terlebih dahulu. Dengan mengikut susunan siri ini, anak dapat menguasai bunyi dengan lebih teratur dan berkesan. Oleh sebab laras bahasa Melayu terbina daripada gabungan huruf konsonan dengan huruf vokal ‘a’ ‘i’ dan ‘u’ lebih kerap, wajarlah bunyi-bunyi ‘a i u’ diperkenalkan terlebih dahulu. Lebih-lebih lagi bunyi-bunyi ini lebih senang disebut oleh kanak-kanak. Seterusnya bunyi-bunyi konsonan lain diperkenalkan satu persatu , contohnya ‘b’ ‘n’ ‘m’ ‘s’ dan ‘k’.
Seterusnya, dengan berpandukan siri cepat membaca ’Bacalah Anakku’, ajar anak-anak membaca gabungan huruf konsonan dan vokal yang diajarkan , contohnya ‘b’ dan ‘a’ ‘i’ dan ‘u’ untuk membaca ‘ba’ ‘bi’ dan ‘bu’. Melalui kaedah fonetik, anak-anak tidak akan mengeja ‘ba’ menjadi “ba” ; tidak juga menghafal suku kata ‘ba’; tetapi mereka membaca dengan menggabung-gabungkan bunyi ‘beh’ (bagi huruf ‘b’) dan ‘aa’ (bagi huruf ‘a’).

MASALAH MEMBACA DI KALANGAN MURID PEMULIHAN KHAS

MASALAH MEMBACA DI KALANGAN MURID PEMULIHAN KHAS


 
Masalah dalam Membaca

Tidak Kenal Huruf

Masalah tidak kenal huruf merupakan punca utama kebanyakan kanak-kanak gagal membaca dengan baik. Keadaan ini menyebabkan kanak-kanak akan menyebut sesuatu huruf sesuka hati atau dengan meneka sahaja dan menjadikan perkataan itu tidak bermakna atau berlainan
makna.

Meninggalkan Huruf

Huruf dan imbuhan ditinggalkan ketika membaca, misalnya ”buah” disebut
’uah”, ”kering” disebut ”kerin”, ”mengandungi” disebut ”mengandung” dan sebagainya.


Meninggalkan Perkataan

Perkataan dalam ayat juga kerap ditinggalkan semasa membaca, seperti;
”Buku itu sangat tebal ” dibaca sebagai ”Buku itu tebal”.

Tidak Memahami Apa yang dibaca

i)             Gagal memahami maksud perkataan dan frasa yang berkaitan dengan waktu seperti selepas, sudah, sebelum, pagi, sekejap, dan sebagainya.

ii)            Tidak memahami maksud perkataan dalam pelbagai situasi, misalnya dalam ayat “Panjatlah lagi pokok itu” yang bermaksud melarang seseorang  daripada memanjat  pokok.

iii)           Gagal memahami atau membuat urutan idea atau peristiwa yang terdapat dalam bahan bacaan terutamanya apabila diminta menceritakan semula petikan yang dibaca.

iv)           Lambat memberi tindak balas terutamanya apabila tidak memahami arahan yang dibaca.

v)            Gagal menghubungkan sebab dan akibat dalam bahan bacaan yang dibaca.

vi)           Tidak dapat mengenal pasti perkara yang tidak munasabah (absurdities) dalam bahan yang dibaca.

vii)         Tidak dapat mentafsir atau menggunakan carta, graf,  peta, rajah, dan sebagainya dalam buku.


Teragak-agak

Teragak-agak (hesitation) - teragak-agak bermaksud berhenti sejenak sebelum menyebut sesuatu perkataan ketika membaca disebabkan kanak-kanak tidak pasti akan bacaannya.

Salah Sebutan

Salah sebutan terjadi akibat kanak-kanak tidak mengenal huruf atau tidak tahu membunyikan sesuatu huruf sehingga sesuatu perkataan tidak bermakna lagi dalam konteks ayat berkenaan.

Kesalahan-kesalahan di atas boleh mengubah makna perkataan atau ayat yang dibaca dan perlu diberi perhatian oleh guru untuk mengatasinya. Selain itu, guru juga perlu memerhati tingkah laku yang ditunjukkan semasa murid membaca yang boleh menunjukkan murid itu bermasalah dalam bacaan. Antara tingkah laku yang kerap ditunjukkan adalah yang berikut:

a)      membatang suku kata terlebih dahulu sebelum dapat menyebut seluruh perkataan,
b)    bacaan tersekat-sekat, iaitu perkataan demi perkataan dan tidak  lancar,
c)         membaca terlampau cepat atau gopoh tanpa menghiraukan tanda bacaan,
e)         membaca terlampau lambat atau merangkak-rangkak,
f)          menunjuk perkataan dengan jari ketika membaca,
g)         tingkah laku yang tidak selesa seperti mengedip-ngedipkan mata,   
mengerut dahi, menggeleng-geleng kepada, dan sebagainya,
h)        Suara terlalu perlahan dan tidak jelas atau ”blurring”,
i)          kedudukan mata terlalu dekat dengan bahan bacaan,
j)          cuba mengelak daripada aktiviti membaca, dan
k)         tidak boleh membaca langsung.

Guru mestilah peka dengan petunjuk-petunjuk tingkah laku yang ditunjukkan oleh murid-muridnya kerana tingkah laku tersebut menunjukkan murid berkenaan menghadapi masalah dalam bacaan.

Lemah Daya Ingatan
Ingatan pada otak kadang kala mendatangkan masalah seperti sel-sel pada otak tidak dapat berhubung antara satu sama lain. Ini mungkin  disebabkan oleh kecederaan yang pernah dialami oleh pesakit sama ada kemalangan ataupun kecederaan akibat terhantuk benda yang keras.
Simptom:
a.         Semakin lemah daya ingatan/ lupa
b.         Gagal mengenal pasti objek
c.         Masalah emosi seperti kemurungan dan depresi
d.         Rasa janggal di tempat yang biasa dilawati
e.         Hilang kemampuan jasmani
f.          Tidak mengendahkan kebersihan diri
g.         Tidak berminat dengan pelajaran/ pekerjaan

 Menambah Perkataan

Murid-murid sering menambah perkataan semasa membaca seperti ’bulan-bulan’ disebut ’bulang-bulang’, ’ikan-ikan’ disebut ’ikang-ikang’ dan seumpamanya.

Mengulang Perkataan/ Ulangan (repetition)
                                                          
Mengulang-ulang perkataan atau suku kata semasa membaca dan perbuatan mengulang ini bukan disebabkan oleh masalah gagap.

Mengeja Semasa Membaca

a.         Teragak-agak semasa membaca
            b.         Menunjuk teks bacaan dengan jari ketika membaca
c.         Tidak berupaya membaca ayat yang panjang kerana was-was dan     
            kurang yakin salah atau betul.
            d.         Kemajuan pembacaan yang lemah

Jenis Kemahiran dalam Pengajaran Mikro

Jenis Kemahiran dalam Pengajaran Mikro

Jenis Kemahiran Mikro
  Kemahiran Set Induksi
  Kemahiran memberi penerangan
 Kemahiran menggunakan contoh
  Kemahiran Mengolah Isi pelajaran
  Kemahiran Variasi Ransangan
  Kemahiran Penyoalan.
  Kemahiran Pengukuhan
  Kemahiran Penutup

Kemahiran Set Induksi
  Tumpuan dalam induksi set ialah:-
  Pelatih dapat memberikan fokus pelajar terhadap pelajaran yg akan dimulakan.
  Membina kerangka rujukan sebelum dan selepas pelajaran
  Berupaya memeberikan makna kpd konsep atau prinsip yg baru
  Berupaya membangkitkan minat dan penglibatan pelajar

Prinsip Induksi Set
  Bermakna:- memulakan pengajaran dgn memberikan bahan yg bermakna serta dapat menarik minat pelajar. Tarik perhatian pelajar kpd perkara yg berkaitan dhgn persekitaran pengetahuanya.
  Berkaitan :- dikaitkan dgn isi kandungan yg selari dgn objektif pengajaran. Memastikan permulaan pengajaran yg perlu berkaitan dgn bahamn dan obj p&P
  Pengetahuan Sedia Ada :- membantu pelajar agar dapat menjadikan pelajaran lebih menarik serta membantu meningkatkan sifat ingin meneroka pelajaran seterusnya.

Kemahiran Memberi Penerangan
  Menerangkan pelajaran dengan lebih bermakna,sempurna,jelas dan tepat
  Mengatahui langkah,prosedur @ peraturan yg terdapat dlm P&P
  Membuat penaakulan sebab-musabab berlakunya sesuatu kejadian
  Penerangan dgn menggunakan contoh @ ilustrasi yg sesuai akan membantu pemahaman

Kemahiran Menggunakan contoh
  Penyampaian lebih menarik jika penerangan dilakukan disertai dgn contoh yg sesuai. Contoh dlm btk cerita,ilustrasi @ bahan lain.
  Contoh bermula dgn berbentuk konkrit kpd abstrak

Kemahiran Mengolah Isi Pelajaran
  Melibatkan kemahiran menyusun dan mengorganisasikan kandungan pelajaran agar dapat disampaikan dgn baik.
  Isi perlu disampaikan secara berperingka-peringkat.
  Guru perlu merancang penggunaan bahan pengajaran dgn teratur

Kemahiran Variasi ransangan
 Tujuannya utk membangkitkan perhatian pelajar dan memberikan fokus terhadap fakta penting pelajaran.
  Penggunaan ransangan yg pelbagai mengelakkan kebosanan pelajar.
  Aspek yg perlu dikuasaialah pergerakan,perubahan pertuturan,perubahan fokus deria,btk penglibatan lisan dan fizikal pelajar

Kemahiran Penyoalan
  Penyoalan membantu pelajar berfikir
  Guru perlu faham tentang cara merancang dan mengemukakan soalan dalam kelas
  Memahami aspek domain soalan agar soalan yg dibina benar-benar menguji pelajar.
  Pengetahuan,kefahaman,aplikasi,analisis,sintesis dan penilaian

Kemahiran Pengukuhan
  Galakkan pelajar menjawab soalan,mengemukakan cadangan dan melibatkan diri dalam perbincangan
  Berikan peneguhan melalui pujian dl btk lisan,gred baik senyuman anggukan kepala.

Kemahiran Penutup
  Kemahiran merumus,megulang peneguhana dan membuat penilaian tentang sama ada objektif pengajaran yg disediakan tercapai atau tidak.
  Penutup perlu sesuai dgn obj dan aktiviti pengajaran
  Tujuan penutup menarik perhatian tentang perkara yg baru dipelajari,megukuhkan konsep dan kemahiran baru.
  Terdapat dua penutup iaitu kognitif dan sosial
  Kognitif bertujuan mengukuhkan pelajaran dgn memeberikan perhatian terhadap fakta yg dipelajari.
  Penutup sosial menekakan perasaan yg dialami semasa prosese P&P