Wednesday 26 September 2012

Definisi



Murid Pemulihan ::
DEFINISI :

“ Murid Pemulihan ialah murid biasa yang tertinggal / ketinggalan dalam pembelajaran” .
- Lemah / lambat

ANTARA SEBAB-SEBAB

1.Kegagalan guru dalam pengajaran .
2. Faktor Keluarga : -
  • miskin
  • masalah keluarga (hubungan suami & isteri)
  • tahap pendidikan ibubapa
  • keadaan alam sekitar
  • pengaruh rakan sebaya

BAGAIMANA HENDAK MENGAJAR MURID INI ?
  • Perlu tahu tahap pencapaiannya
  • Perlu tahu kawasan kesukaran / kelemahan.

BAGAIMANA?
  • Berdasarkan keputusan peperiksaan penggal / akhir tahun .
  • Berdasarkan kerja-kerja murid tersebut
  • Berdasarkan ujian diagnostik

KESUKARAN YANG BIASA DIALAMINYA:
  • Tak kenal huruf / abjad
  • Sering bertukar huruf / keliru
  • Huruf yang seakan-akan bentuk
  • Huruf yang seakan-akan bunyi
  • Huruf yang terbalik

Tuesday 25 September 2012

Sedikit info untuk dikongsi bersama....

PENGAJARAN BAHASA MELAYU UNTUK MURID-MURID PEMULIHAN KHAS

 1.MENGENAL PASTI MURID-MURID YANG HENDAK DIPULIHKAN
    1.1 Berdasarkan IPP2M (Instrumen Penentu Penguasaan 2M)
    1.2 Berdasarkan Saringan Ujian Linus.
    1.3 Berdasarkan pemerhatian guru.
    1.4 Berdasarkan dapatan atau perbincangan dengan guru besar,guru darjah,guru bahasa Melayu
          atau  ibu bapa.

          Ciri-Ciri Kanak-Kanak Pemulihan
   1. Lemah daya fikir yang abstrak.
   2. Lemah koordinasi psikomotor, penglihatan dan pendengaran.
   3. Kurang keyakinan diri.
   4. Tumpuan perhatian mudahterganggu.
   5. Lemah daya tutur dan sebutan seperti sengau, gagap dan pelat.
   6. Emosi yang tidak stabil.
   7. Lambat terima konsep baru.
   8. Mudah lupa.
   9.Tiada / kurang daya taakul / pengamatan.
  10.Kurang perbendaharaan kata.
  11.Kurang pengalaman, daya cipta ,kreatif.
  12.Tingkah laku melampau,ego,malas dan sebagainya.

2. MENGENAL PASTI MASALAH
  2.1 Masalah berkaitan dengan fizikal atau deria murid.
  2.2 Masalah yang berkaitan dengan akademik murid.
  2.3 Masalah yang berkaitan dengan hal-hal seperti sosial dan emosi seperti:
        -Selalu tidak hadir ke sekolah
        -Tiada galakan keluarga
        -Kemiskinan
        -Takut
       -Malu
       -Rasa rendah diri dan sebagainya







Tugasan UPSI SEM 2


KRT3013 TEKNOLOGI MAKLUMAT SEKOLAH RENDAH

3: Pembangunan Blog P&P (30%)
Tarikh penilaian akhir pada  14 Disember 2012
Blog anda perlu aktif dan dihantar pada Tapak Tugasan MyGuru3 pada  15 November 2012
Secara individu, pelajar dikehendaki membina blog Pengajaran & Pembelajaran bagi satu topik pengajaran yang dipilih berdasarkan sukatan pelajaran dari Kementerian Pelajaran Malaysia. Syarat berikut perlu dipatuhi:
1.    Pelajar boleh menggunakan platform Blogspot (Blogger) atau Wordpress.
2.    Pilihan matapelajaran hendaklah berdasarkan mata pelajaran utama yang ditugaskan di sekolah.
3.    Pastikan nama, foto pemilik blog, nombor matrik dan tajuk blog diletakkan di muka hadapan blog. Blog yang dibangunkan hendaklah aktif dan sentiasa dikemaskini sebelum tarikh akhir penilaian tugasan blog.
4.    Blog perlu mengandungi perkara-perkara berikut:
·      Bahan pembelajaran seperti nota, soalan latihan, aktiviti di dalam kelas dan sebagainya.
·      Gambar
·      Audio
·      Video
5.    Libatkan pelajar, ibubapa dan rakan guru yang lain untuk memberi komen pada kandungan yang dipaparkan.
6.    Sediakan pautan kepada laman sosial dan repositori bahan pengajaran seperti Facebook, Scribd, bahan Powerpoint, Prezi dan mana-mana format yang sesuai.
Tugasan blog hendaklah dihantar melalui Tapak Tugasan 3 dalam Myguru3.
Markah bagi tugasan ini diberikan berdasarkan kriteria berikut:
KRITERIA
MARKAH
Isi kandungan blog serta kualiti penyampaian
15%
Senireka blog dan kerativiti
10%
Pandangan dan omen daripada pelawat blog

JUMLAH
30
PERINGATAN
Plagiat bagi mana-mana tugasan adalah dilarang sama sekali. Sekiranya pelajar didapati meniru/menipu dalam mana-mana tugasan boleh dikenakan tindakan tatatertib serta hukuman setimpal dengan kesalahan.