ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM 1 MALAYSIA
Alhamdulillah, syukur kepada Allah s.w.t kerana dengan izinNya, maka blog Arena Pemulihan Nur Indah SK Seri Ladang ini telah dapat saya bangunkan. Saya memilih skop pemulihan sebagai pengisian di blog saya ini kerana saya terlibat secara langsung di dalam program pemulihan khas di sekolah saya.
Pada umumnya program pemulihan adalah satu program kementerian dan setiap sekolah di seluruh negara mempunyai sekurang-kurangnya seorang guru pemulihan khas yang dipertanggungjawabkan untuk menjalankan program tersebut .Segala kelemahan dan kekurangan yang terdapat di dalam blog ini adalah kerana kelemahan diri saya sendiri dan saya akan terus berusaha dari semasa ke semasa untuk menambahbaik lagi pengisiannya.

Semoga apa yang disajikan di dalam blog ini dapat
memberi manfaat kepada anda semua dan juga dapat saya manfaatkan buat
anak-anak didik sekalian terutamanya buat warga SK SERI LADANG yang tercinta.
Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment