Monday, 22 October 2012
PROGRAM LINUS & PROTIM
APA MAKSUD PROGRAM LINUS?
Akronim kepada perkataan LI (Literasi), NU (Numerasi) dan S (Screening – Saringan). Jadi maknanya Program Saringan Literasi dan Numerasi.
Program ini dirancang dan dibentuk sebagai penambahbaikan program sedia ada (KIA2M), memastikan semua murid Tahun 1 pada 2010menguasai asas membaca, menulis dan mengira pada akhir tahun 3 menjelang Tahun 2011.
DEFINISI LITERASI
Keupayaan untuk membaca, menulis dan memahami perkataan dan ayat serta mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran dan komunikasi harian.
KEMAHIRAN ASAS LITERASI
TAHUN 1 – Boleh membaca, menulis dan memahami minima 500 patah perkataan dan ayat mudah.
TAHUN 2 – Boleh membaca, menulis dan memahami minima 800 patah perkataan dan ayat mudah menggunakan kata sendi.
TAHUN 3 – Boleh membaca, menulis dan memahami minima 1000 patah perkataan dan ayat mudah dengan kata sendi dalam satu perenggan.
DEFINISI NUMERASI
Keupayaan untuk melakukan operasi asas matematik dan memahami idea matematik yang mudah serta mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran matematik dalam kehidupan harian.
KEMAHIRAN ASAS NUMERASI
TAHUN 1
- Kemahiran : Membaca, menulis dan mengira mengikut turutan nombor hingga 50.
- Operasi asas : Faham fakta asas tambah dan tolak
- Aplikasi : Mengira wang hingga RM 10, memahami masa dan ukuran asas
TAHUN 2
- Kemahiran : Membaca, menulis dan mengira turutan nombor hingga 100
- Operasi asas : Faham fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi
-Aplikasi : Mengira wang hingga RM 50, memahami waktu dalam jam dan mengukur panjang/pendek objek
TAHUN 3
- Kemahiran : Membaca, menulis dan mengira mengikut turutan nombor hingga 1000.
- Operasi asas : Faham fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi
- Aplikasi : Mengira wang hingga RM 100, memahami waktu dalam jam dan minit serta mengukur objek dalam unit piawai
LINUS
PROTIM ( PROGRAM PEMULIHAN 3M)
PROTIM adalah satu program ‘pembangunan’ yang dilaksanakan ke atas murid tahun 4, 5 dan 6 di setiap sekolah di mana murid-muridnya menghadapi masalah penguasaan asas membaca, menulis dan mengira atau lebih dikenali dengan masalah 3M. Sebelum PROTIM diperkenalkan, Guru Pemulihan bertanggungjawab sepenuhnya mengajar murid yang ‘bermasalah’ ini.
PROTIM pula adalah sebahagian daripada sejarah hidup Program PEMULIHAN. PROTIM mempunyai maksud dan tujuan yang sama dengan PEMULIHAN.
Aras modul dalam program PROTIM ini sedikit berbeza dengan aras modul dalam program PEMULIHAN. Ini kerana modul PROTIM melibatkan penguasaan sistem bahasa. Gambar masih menjadi pilihan utama dalam modul ini untuk membantu pemahaman murid. Berbanding program PEMULIHAN, program PROTIM mahukan murid menyelesaikan banyak latih tubi dalam satu-satu masa yang ditetapkan.
Aras soalannya sederhana sukar kerana kebanyakan murid dalam program PROTIM sudah menguasai asas 3M. Murid dalam program PROTIM sudah ramai yang tahu membaca. Cuma yang menjadi masalah adalah, murid seringkali melakukan kesilapan semasa menulis.
Gambar yang sepatutnya ditulis sebagai :
Kedua-dua program ini akan ‘melepaskan’ murid mereka setelah didapati cemerlang dalam ujian penilaian yang dijalankan. Semoga, coretan ini dapat memberi maklumat berguna untuk semua.
PROTIM dilaksanakan di sekolah bagi murid yang juga menghadapi masalah 2M dalam kategori aras rendah. Sasaran program PROTIM ini adalah untuk murid tahun 4, 5 dan 6 pada mulanya. Di bawah modul yang sama, murid dikehendaki menjalani satu ujian ‘tapisan’. Murid yang gagal mencapai sekurang-kurangnya 90 daripada 100 markah akan terlibat dalam program PROTIM ini. PROTIM bagi Tahun 6 pula dijalankan selepas murid-murid selesai menduduki peperiksaan UPSR.
APA MAKSUD PROGRAM LINUS?
Akronim kepada perkataan LI (Literasi), NU (Numerasi) dan S (Screening – Saringan). Jadi maknanya Program Saringan Literasi dan Numerasi.
Program ini dirancang dan dibentuk sebagai penambahbaikan program sedia ada (KIA2M), memastikan semua murid Tahun 1 pada 2010menguasai asas membaca, menulis dan mengira pada akhir tahun 3 menjelang Tahun 2011.
DEFINISI LITERASI
Keupayaan untuk membaca, menulis dan memahami perkataan dan ayat serta mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran dan komunikasi harian.
KEMAHIRAN ASAS LITERASI
TAHUN 1 – Boleh membaca, menulis dan memahami minima 500 patah perkataan dan ayat mudah.
TAHUN 2 – Boleh membaca, menulis dan memahami minima 800 patah perkataan dan ayat mudah menggunakan kata sendi.
TAHUN 3 – Boleh membaca, menulis dan memahami minima 1000 patah perkataan dan ayat mudah dengan kata sendi dalam satu perenggan.
DEFINISI NUMERASI
Keupayaan untuk melakukan operasi asas matematik dan memahami idea matematik yang mudah serta mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran matematik dalam kehidupan harian.
KEMAHIRAN ASAS NUMERASI
TAHUN 1
- Kemahiran : Membaca, menulis dan mengira mengikut turutan nombor hingga 50.
- Operasi asas : Faham fakta asas tambah dan tolak
- Aplikasi : Mengira wang hingga RM 10, memahami masa dan ukuran asas
TAHUN 2
- Kemahiran : Membaca, menulis dan mengira turutan nombor hingga 100
- Operasi asas : Faham fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi
-Aplikasi : Mengira wang hingga RM 50, memahami waktu dalam jam dan mengukur panjang/pendek objek
TAHUN 3
- Kemahiran : Membaca, menulis dan mengira mengikut turutan nombor hingga 1000.
- Operasi asas : Faham fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi
- Aplikasi : Mengira wang hingga RM 100, memahami waktu dalam jam dan minit serta mengukur objek dalam unit piawai
LINUS
- Semua murid yang tidak mempunyai masalah pembelajaran berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan numerasi selepas tiga tahun mengikuti pendidikan rendah pada akhir 2012
- Terdiri dari guru Bahasa Malaysia dan guru Matematik serta dibantu oleh Guru Pemulihan
- KIA2M (2006) memfokuskan kepada Tahun 1 sahaja. Tahun 2 dan 3 dibawah kendalian guru pemulihan
- PROTIM memfokuskan pada Tahap 2 yang dirasakan terlalu lewat dalam usaha memulihkan kemahiran literasi dan numerasi
- * Satu daripada National Key Result Area (NKRA)
- “semua murid yang tidak mempunyai masalah pembelajaran berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan numerasi selepas tiga tahun mengikuti pendidikan rendah pada akhir 2012”.
- (NKRA = Bidang Keberhasilan Utama Negara)
- * Mula dilaksanakan pada tahun 2010 melibatkan murid Tahun 1 di sekolah rendah (Kohort Pertama).
- * Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) telah dipertanggungjawabkan untuk menerajui usaha mengatasi masalah literasi dan numerasi dalam kalangan murid sekolah rendah.
- Rasional
- * Program pemulihan untuk murid Tahun 2 dan 3 yang dikendalikan oleh guru pemulihan khas di sekolah masing-masing.
- * Program Pemulihan Asas Kemahiran Membaca, Menulis dan Mengira (PROTIM) untuk murid Tahap II.
- Masalah murid (yang tidak mempunyai masalah pembelajaran) yang belum menguasai kemahiran asas M3 dengan baik masih belum dapat diatasi sepenuhnya walaupun KPM telah melaksanakan pelbagai program pemulihan. Antaranya:
- Program-program yang dilaksanakan tidak gagal tetapi tidak dapat memenuhi kehendak NKRA.
- * KPM berpendapat suatu pendekatan yang bersepadu perlu dilaksanakan supaya masalah 3M dapat dikesan dan dipulihkan seawal Tahap I. Perkara ini perlu diberi perhatian yang serius kerana murid yang belum menguasai kemahiran asas 3M merupakan kumpulan yang berisiko keciciran dan sukar memenuhi keperluan melanjutkan pelajaran dan kerjaya.
- * Program alternatif yang dirangka merupakan suatu program yang bersepadu untuk murid yang tidak mempunyai masalah pembelajaran Tahun 1, 2 dan 3 (Tahap I) menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi. Program ini dinamakan Program Saringan Literasi dan Numerasi (LINUS).
- - Celik huruf
- - Celik nombor
- Program LINUS ini wajib dilaksanakan di semua SK, SJKC, SJKT dan SABK.
- Terdapat 3 peringkat saringan bagi setiap tahun (Tahun 1, 2, 3):
- Saringan 1 (Mac)
- Saringan 2 (Jun)
- Saringan 3 (September)
- Semua murid Tahun 1 akan menduduki ujian LINUS Saringan 1 untuk menilai tahap penguasaan kemahiran asas mereka pada awal tahun setiap tahun.
- Dikendalikan oleh guru BM/Matematik/Pemulihan.
- Instrumen dibina dalam dwi bahasa iaitu BM-BI, BC-BI, BT-BI.
PROTIM ( PROGRAM PEMULIHAN 3M)
PROTIM adalah satu program ‘pembangunan’ yang dilaksanakan ke atas murid tahun 4, 5 dan 6 di setiap sekolah di mana murid-muridnya menghadapi masalah penguasaan asas membaca, menulis dan mengira atau lebih dikenali dengan masalah 3M. Sebelum PROTIM diperkenalkan, Guru Pemulihan bertanggungjawab sepenuhnya mengajar murid yang ‘bermasalah’ ini.
PROTIM pula adalah sebahagian daripada sejarah hidup Program PEMULIHAN. PROTIM mempunyai maksud dan tujuan yang sama dengan PEMULIHAN.
Aras modul dalam program PROTIM ini sedikit berbeza dengan aras modul dalam program PEMULIHAN. Ini kerana modul PROTIM melibatkan penguasaan sistem bahasa. Gambar masih menjadi pilihan utama dalam modul ini untuk membantu pemahaman murid. Berbanding program PEMULIHAN, program PROTIM mahukan murid menyelesaikan banyak latih tubi dalam satu-satu masa yang ditetapkan.
Aras soalannya sederhana sukar kerana kebanyakan murid dalam program PROTIM sudah menguasai asas 3M. Murid dalam program PROTIM sudah ramai yang tahu membaca. Cuma yang menjadi masalah adalah, murid seringkali melakukan kesilapan semasa menulis.
Gambar yang sepatutnya ditulis sebagai :
- BALDI ditulisBELDII
- MASJID ditulisMESJID
- LORI ditulis RORI
- SELIPAR ditulis SIPE
- LOCENG ditulis LONCENG
- SELUAR ditulis SUAR
- SEPULUH SEN ditulis SEPOSEN dan banyak lagi.
Kedua-dua program ini akan ‘melepaskan’ murid mereka setelah didapati cemerlang dalam ujian penilaian yang dijalankan. Semoga, coretan ini dapat memberi maklumat berguna untuk semua.
PROTIM dilaksanakan di sekolah bagi murid yang juga menghadapi masalah 2M dalam kategori aras rendah. Sasaran program PROTIM ini adalah untuk murid tahun 4, 5 dan 6 pada mulanya. Di bawah modul yang sama, murid dikehendaki menjalani satu ujian ‘tapisan’. Murid yang gagal mencapai sekurang-kurangnya 90 daripada 100 markah akan terlibat dalam program PROTIM ini. PROTIM bagi Tahun 6 pula dijalankan selepas murid-murid selesai menduduki peperiksaan UPSR.
Monday, 15 October 2012
PANDANGAN MATA DAN MATA HATI
Dari wall Ustaz Zailan Shafie:
Seorang pakcik tua sedang duduk bersama anaknya yang berumur 25 tahun
di atas keretapi. Ini bukan kali pertama mereka menduduki keretapi.
Keretapi bakal bergerak, semua penumpang mengambil tempat masing-masing.
Semasa keretapi itu mula bergerak, anak pakcik tersebut berasa
tersungguh riang dan penuh perasaan ingin tahu melihat keluar tingkap…
Beliau meletakkan tangannya di luar tingkap untuk m
erasai udara melepasi tangannya. Anak berusia 25 tahun itu menoleh ke
arah ayahnya – “Abon, Abon – lihat semua pokok bergerak ke belakang.”
Abonnya tersenyum, “Ya, anakku sayang, memang begitu. Menakjubkan kan?”
“YA ayah,” jerit anaknya dengan riang.
Duduk tepi anak-ayah ini
adalah sepasang suami isteri berumur hampir 40an. Mereka mendengar
segala perbualan antara anak-ayah ini. Mereka terasa pelik mengapa anak
pakcik yang sudah besar ini berkelakuan seperti seorang kanak-kanak.
Peliklah anak pakcik ini…” bisik mereka. Kemudian, anak pakcik itu
menjerit lagi, “ABON, ABON, hujan hujan. Air sedang menyentuh tangan
saya… Abon tengok.” Si ayah menjawab, “Ya memang begitu anakku” sambil
tersenyum gembira.
Pasangan suami isteri itu tidak dapat
bertahan lagi dengan gangguan suara kerana perangai anak pakcik tersebut
yang dianggap mereka kurang siuman lalu memberikan cadangan. “Pakcik,
mengapa tak bawa anak ke hospital … untuk terima rawatan…” Pakcik tua
itu menoleh dan menjawab…
“Sudah. Kami dari hospital ini nak
balik kampung… Maknya sedang menunggu kegembiraan kepulangan kami… Anak
saya baru dapat melihat buat kali pertamanya hari ini dalam hidup dia
dan dia bakal dapat melihat wajah maknya buat pertama kalinya….”
Pasangan suami isteri itu tersengam diam malu seribu bahasa….
Adakah perkara ini pernah terjadi kepada anda? Sudah tentu pernah.
Pernah tak terfikir mengapa Allah membuat dua mata di depan, dan bukan
satu di depan dan satu di belakang? Hikmahnya ialah apa yang dipandang
mata manusia hanyalah sebahagian sahaja – tidak 360 darjah – Oleh itu,
janganlah mengganggap apa yang dilihat di depan mata ialah segalanya. Ia
hanya sebahagian sahaja.
Sebahagian lagi perlu dilihat dengan
mata hati. Bukan hati yang bersangka buruk tapi hati yang bersedia
bersangka baik kepada apa yang dilihat. Jangan anggap sendiri tahu
segalanya walaupun perkara itu di depan mata kerana mata hanya mampu
melihat apa yang minda nak lihat. Minda sangka buruk, maka mata yang
memandang akan fokus kepada perkara buruk dan begitu juga sebaliknya.
Ingat sesuatu situasi ataupun pandangan mata adalah neutral. Minda yang
menafsirnya baik dan buruk. Yang kita dapat lihat tidak semestinya
betul, yang kita tak dapat lihat tak semestinya silap.
ALLAHUAKHBAR! ALLAH Maha Besar...
Nota saya:
JADILAH ORANG YANG CUBA MEMAHAMI BUKANNYA MENGHUKUM. JADILAH MANUSIA YANG MEMPUNYAI EMPATI, BUKAN SEKADAR SIMPATI.
Duduk tepi anak-ayah ini adalah sepasang suami isteri berumur hampir 40an. Mereka mendengar segala perbualan antara anak-ayah ini. Mereka terasa pelik mengapa anak pakcik yang sudah besar ini berkelakuan seperti seorang kanak-kanak. Peliklah anak pakcik ini…” bisik mereka. Kemudian, anak pakcik itu menjerit lagi, “ABON, ABON, hujan hujan. Air sedang menyentuh tangan saya… Abon tengok.” Si ayah menjawab, “Ya memang begitu anakku” sambil tersenyum gembira.
Pasangan suami isteri itu tidak dapat bertahan lagi dengan gangguan suara kerana perangai anak pakcik tersebut yang dianggap mereka kurang siuman lalu memberikan cadangan. “Pakcik, mengapa tak bawa anak ke hospital … untuk terima rawatan…” Pakcik tua itu menoleh dan menjawab…
“Sudah. Kami dari hospital ini nak balik kampung… Maknya sedang menunggu kegembiraan kepulangan kami… Anak saya baru dapat melihat buat kali pertamanya hari ini dalam hidup dia dan dia bakal dapat melihat wajah maknya buat pertama kalinya….”
Pasangan suami isteri itu tersengam diam malu seribu bahasa….
Adakah perkara ini pernah terjadi kepada anda? Sudah tentu pernah. Pernah tak terfikir mengapa Allah membuat dua mata di depan, dan bukan satu di depan dan satu di belakang? Hikmahnya ialah apa yang dipandang mata manusia hanyalah sebahagian sahaja – tidak 360 darjah – Oleh itu, janganlah mengganggap apa yang dilihat di depan mata ialah segalanya. Ia hanya sebahagian sahaja.
Sebahagian lagi perlu dilihat dengan mata hati. Bukan hati yang bersangka buruk tapi hati yang bersedia bersangka baik kepada apa yang dilihat. Jangan anggap sendiri tahu segalanya walaupun perkara itu di depan mata kerana mata hanya mampu melihat apa yang minda nak lihat. Minda sangka buruk, maka mata yang memandang akan fokus kepada perkara buruk dan begitu juga sebaliknya.
Ingat sesuatu situasi ataupun pandangan mata adalah neutral. Minda yang menafsirnya baik dan buruk. Yang kita dapat lihat tidak semestinya betul, yang kita tak dapat lihat tak semestinya silap.
ALLAHUAKHBAR! ALLAH Maha Besar...
Nota saya:
JADILAH ORANG YANG CUBA MEMAHAMI BUKANNYA MENGHUKUM. JADILAH MANUSIA YANG MEMPUNYAI EMPATI, BUKAN SEKADAR SIMPATI.
Thursday, 11 October 2012
Bagaimana Cara Kita Membantu Kanak-Kanak Disleksia
- Membawa berjumpa dengan pakar pisikologi pembelajaran atau psikologi klinikal pada peringkat awal bagi tujuan menaganinya
- Membantu kanak-kanak memahami bahawa walaupun dia mungkin berbeza dalam banyak hal tetapi tetap disayangi.
- Menambah dan menggalakkan sebarang kemahiran istimewa bakat atau kebolehan semulajadi
- Sentiasa sabar melayani karenah mereka yang mana biasanya kecewa dengan kegagalan yang berterusan.
- Membacakan cerita untuk anak-anak serta menjadi ahli persatuan sokongan ibu bapa
- Memberikan bantuan dan latihan pembelajaran sebelum memasuki tadika
- Mengamalkan suasan kasih sayang serta bersikap perihatin dalam mengekalkan suasana harmoni
- Membuat aktiviti berkeluarga serta memberi bimbingan dalam bidang akademik
- Memberi kebebasan yang terbatas serta nasihat untuk mengenal identiti sendiri
- Mengamalkan konsep diri diberi ganjaran atau pujian contohnya bagus, pandai
Bagaimana guru membantu kanak-kanak di dalam kelas?
Banyak cara yang boleh dilakukan oleh guru dalam membantu kanak-kanak disleksia selain dari kaedah dan teknik mengajar. Antaranya adalah:
• Dudukkan kanak-kanak di hadapan kelas.
• Guru hendaklah bercakap dengan suara yang tenang dan jelas.
• Tulisan guru mestilah terang dan jelas.
• Beri masa yang lebih kepada kanak-kanak dalam menyelesaikan kerja mereka.
• Berikan kelonggaran kepada mereka.
• Banyakkan penglibatan kanak-kanak dalam kemahiran lisan.
• Elakkan kerja-kerja rumah yang terlampau banyak.
• Semasa kanak-kanak lain sedang membaca sendiri, guru cuba ajarkan kanak-kanak bermasalah itu membaca secara fonetik.
• Jangan marahkan kanak-kanak jika tersalah mengeluarkan buku pelajaran tetapi bantulah dia.
• Sediakan bahan pengajaran yang baik.
• Gunakan aplikasi teori Gestalt.
• Tekankan ke atas pengamatan butiran.
• Konsep kedudukan dan orientasi huruf.
• Berikan latihan kemahiran urutan pandangan.
• Pengajaran menyela bertujuan untuk memperbaiki kemahiran membaca.
Masalah Yang Sering dihadapi oleh Kanak-Kanak Disleksia
Mengeja
Kelemahan mengeja akan menyebabkan kebolehan untuk menyampaikan pengetahuan yang diperolehi adalah terhad. Untuk tempoh jangka mas yang panjang kelemahan dalam proses mengeja akan memberi kesan terhadap kelemahan membaca. Timbulnya masalah ini adalah berpunca daripada masalah-masalah awalan seperti terdapatnya kekeliruan dalam mengenal pasti huruf-huruf seperti;
m – w y –g – j u – n m – n
c – e p – q h – n b – d
Terdapat juga kekeliruan dalam membunyikan huruf seperti
t – h f – v
Membaca
Kesukaran ini menghadkan kebolehan kanak-kanak untuk mendapatkan maklumat daripada rujukan-rujukan yang berkaitan. Secara langsung ianya akan membuat kanak-kank merasa rendah diri dan tidak berkeyakinan. Mereka censerung menterbalikkan perkataan seperti:
Batu – tuba
Gula - lagu
Selain itu mereka juga melakukan pembalikkan dalam ayat. Contohnya seperti berikut:
pada masa yang sama – dapa masa yang masa
Kekeliruan perkataan antara Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris. Contohnya seperti berikut :
Bahasa Inggeris dengan Bahasa Melayu
Jam – jem
Ciri-Ciri Kanak-Kanak Disleksia
Ciri-Ciri Kanak-Kanak Disleksia
2) gangguan penglihatan
3) singkat ingatan
4) gangguan dalam bahasa
5) kebolehan kognitif yang rendah
6) kesukaran dalam kematangan emosi dan social
7) tidak dapat membezakan lambing bertulis dengan bunyi lambing tersebut
8) tidak dapat mengaitkan bunyi huruf dengan lambang iaitu tidak dapat mengingat lambang mana yang harus ditulis untuk dipadankan dengan bunyi-bunyi tersebut
9) tidak dapat menyusun lambang tulisan supaya betul dan bersesuaian dengan bunyi-bunyinya agar menjadi perkataan yang beermakna
10) tidak dapat menulis dari kiri ke kanan dan juga tidak dapat menulis susunan huruf atau perkataan agar tidak terbalik kedudukannya.
11) Tidak dapat menyusun atau mengurus masa dan ruang mengikut susunannya.
12) Tidak dapat membuat koordinasi motor mata-tangan kiri kanan serta menumpukan perhatian
13) Sukar mengikuti latihan sukan yang kompleks
14) Peningkatan tumpuan kepada aktiviti pendengaran
15) Lebih tumpuan kepada aktiviti pendebgaran yang mana menutup kemahiran pandangan
16) Sukar belalar bahasa, ketidakseimbangan kebolehan intelektual
17) Tidak lancar membaca,menulis daya tumpuan yang lemah
Kesalahan-kesalahan dari segi bacaan yang dilakukan oleh kanak-kanak disleksia
• Mereka-reka cerita berdasarkan gambar yang ditunjukkan walaupun cerita tersebut tiada kaitan dengan isi bacaan.
• Membaca lambat dan teragak-agak.
• Mengikut bacaan dengan jari.
• Kerap hilang tempat bacaan, sama ada hilang terus atau membaca baris tersebut dua kali.
• Membaca kuat tetapi teragak-agak dengan satu intonasi.
• Cuba mengeja tetapi sebutannya salah misalnya mengeja ketat tetapi menyebut kelat.
• Meramal perkataan tanpa mengira ianya bermakna atau tidak.
• Membaca secara terbalik misalnya aman dibaca nama dan sebagainya.
• Menyusun perkataan dengan susunan yang salah.
• Memendekkan perkataan yang panjang misalnya kerosakan dibaca rosak sahaja.
• Salah membaca perkataan yang mempunyai bentuk yang sama misalnya kakak=katak, baju=bayu.
• Menggantikan perkataan lain yang sama maknanya misalnya ayahanda=bapa.
Kesilapan tulisan-tulisan yang dilakukan kanak-kanak disleksia
• Menulis huruf-huruf dengan susunan yang salah misalnya saman ditulin sanam.
• Menulis secara mirror writing.
• Menterbalikkan huruf misalnya b menjadi d.
• Menulis perkataan yang didengar misalnya buang menjadi buwang.
• Menggunakan perkataan yang ganjil seperti mjeik, pojktc dan lain-lain lagi.
• Tertinggal huruf dalam perkataan seperti emak menjadi mak sahaja.
• Menambah huruf misalnya tuang menjadi tunang.
• Tidak dapat menulis huruf yang disebut.
• Tidak dapat memilih huruf yang disebut.
• Tidak dapat menyesuaikan huruf dengan huruf yang sama.
Nak lagi "detail"???
Ciri-ciri Disleksia Kanak-kanak pra-sekolah :
- Kemahiran bertutur yang lambat dan sukar memahami arahan
- Suka mengganti perkataan dan hiperaktif
- Kemahiran motor kasar dan motor halus yang lemah
- Seringkali terlupa nama benda-benda atau pelajaran yang dipelajari
- Tidak merangkak semasa bayi
- Suka mendengar bacaan tetapi tidak berminat membaca sendiri
- Sifat ingin tahu tinggi, berminat terhadap pekara baru dan suka bertanya banyak soalanKanak-kanak
Ciri-ciri Disleksia Kanak-kanak Sekolah Rendah :
Umur 6 hingga 9 tahun
- Kemahiran membaca, menulis dan mengeja yang lemah dan suka menterbalikkan perkataan, huruf dan nombor
- Menggunakan jari untuk mengira dan membaca
- Keliru dengan kiri dan kanan
- Tulisan cermin atau terbalik
Umur 9 hingga 12 tahun
- Kesilapan membaca, mengeja dan lemah dalam kefahaman
- Mengambil masa yang panjang untuk menyiapkan latihan
- Kesukaran menyalin maklumat dipapan putih atau buku teks
- Sukar mengikuti arahan lisan yang panjang
- Kelihatan tidak terurus semasa berada dirumah atau sekolah
- Kurang keyakinan dan menghadapi masalah tekanan jiwa Sekolah Menengah :
- Kesukaran membaca dan terkeliru dengan perkataan dan ejaan yang tidak konsisten
- Kesukaran menulis karangan
- Keliru dengan nombor-nombor dan arahan oral
- Kesukaran mempelajari bahasa lain
- Lemah dalam kefahaman dan tidak mempunyai ramai kawan
- Jenis orang yang suka senyap
- Bercakap dengan nada yang kuat atau menjerit daripada konsisten
- Kurang kemahiran bersosial
Jenis-Jenis Disleksia
Tidak dapat menterjemahkan lambing-lambang bahasa yang ditulis atau dicetak supaya ianya bermakna. Perkataan –perkataan atau huruf-huruf yang dilihat terbalik.
Sukar mengingati dan mengenal huruf, tidak berupaya menterjemah symbol.
Kesukaran utama yang dihadapi ialah untuk mengigat dan mengenal abjad serta konfugirasi perkataan. Simbol-simbol perkataan yang dicetak juga sukar untuk diterjemahkan. Kemungkinan untuk melihat abjad-abjad tertentu atau sebahagian perkataan adalah secara terbali
2) Disleksia Auditori
Tidak dapat membuat pengamatan pendengaran atau tidak dapat membezakan bunyi huruf yang diperdengarkan padanya.
Sukar mengingatai bunyi huruf, memahami bunyi mengikut suku kata dan menyusun atau menggabungkan suku kata untuk menyebut perkataan.
Kesukaran untuk mengingat bunyi abjad, menganalisis bunyi mengikut suku kata perkataan dan menyusun atau menggabungkan suku kata bagi menyembunyikan perkataan. Bunyi percakapan yang tuturkan secara halus juga tidak dapat dibezakan. Masalah untuk membezakan bunyi vokal dengan konsonan juga dihadapi oleh disleksia auditori
3) Disgraphia
Kesukaran dalam mengkoordinasikan tangan dan otot-otot tangan agar dapat menulis dengan baik dan tulisannya dapat dibaca.
Kesukaran mambaca yang amat teruk dan ini disebabkan oleh kelemahan untuk memproses tulisan secara visual dan audio
DISLEKSIA
Kepayahan memahami perkataan. Kepayahan dalam melihat perkataan, mendengar sebutan perkataan, menyebut perkataan dan sebagainya.ia juga disebut kesukaran dalam mentafsir fonologi yang bermaksud kesukaran dalam menggambarkan dan menghubungkaitkan perkataan dalam ingatan untuk mengingati perkataan itu.
Disleksia adalah satu masalah pembelajaran iaitu kesukaran mengenal huruf, membaca, menulis, mendengar dan bercakap disebalik pengajaran yang cukup dan peluang budaya yang sempurna. Sebenarnya masalah ini bukanlah satu penyakit dan ia tidak memerlukan ubat untuk mengubatinya, sebaliknya dengan program pendidikan yang sesuai masalah ini dapat dikurangkan. Disleksia juga bukan disebabkan kecerdasan yang lemah serta penglihatan tetapi seseorang disleksia tidak mengecam sesuatu dalam keadaan terbalik. Ternyata sekali disleksia menghuraikan sesuatu kelainan dalam otak, selalunya ia adalah pemberian Tuhan yang terus berkembang dalam diri seseorang dengan cara yang berlainan.
DEFINISI
Perkataan “disleksia” (dyslexia) adalah hasil gabuangan dua perkataan Greek iaitu “Dys” yang bermaksud kesukaran dan “Lexis” bermaksud perkataan atau dengan kata lain, kesukaran menggunakan perkataan. Istilah ‘buta huruf’ juga digunakan untuk kategori ini. Seorang Profesor Berlin pada tahun 1887, merangkap seorang pakar perubatan dan ‘ophalomotologist’ telah memperkenalkan perkataan ‘Disleksia’ (Hammond dan Hugges, 1996:3)“Disleksia ialah satu ‘Disorder’ dalam kanak-kanak yang telah terima Pendidikan Biasa, tidak memperolehi kemahiran bahasa, bacaan, menulis dan ejaan yang setaraf intelek” (World Federation Of Neurology, 1968) Selain itu terdapat juga beberapa perkataan lain yang berkaitan dengan Disleksia, diantaranya ialah:-
•Dyscalculia (Diskalkulia) iaitu seorang disleksia yang bermasalah dalam pengiraan ataupun matematik
•Dysgraphia (Disgrafia) iaitu seorang disleksis yang bermasalah dalam bahasa
•Dyspraxia (Dispraksia) iaitu seorang disleksis yang bermasalah dalam ko-ordinasi moto-mata-tangan
UJIAN SARINGAN DAN DIAGNOSTIK
Ujian Saringan merupakan ujian yang dijalankan untuk menapis atau menyaring murid-murid berkeperluan khas daripada kelas perdana. Guru dapat mengesan kurid-murid yang dijangka memerlukan program pemulihan khas hasil daripada Ujian Saringan.
Ujian Saringan ialah satu alat untuk meninjau secara am kelemahan dan kekuatan murid dalam kemahiran mata pelajaran asas.
Instrumen US didasarkan kepada apa yang sudah dipelajari oleh murid dalam kelas biasa.
Menguji murid yang dijangka memerlukan perkhidmatan pendidikan pemulihan.
Faktor yang menentukan bilangan murid :
• Skor yang rendah dalam Ujian Saringan.
• Jumlah yang dapat diselenggarakan oleh guru pemulihan.
• Masalah murid.
• Kemudahan ruang untuk kelas pemulihan.
Ujian Diagnostik
Definisi
Adalah satu alat pengukuran yang membolehkan guru pemulihan khas mengesan punca dan kawasan kelemahan secara terpeinci yang dihadapi oleh seseorang murid.
Tujuan Ujian Diagnostik
• Ujian diagnostik bertujuan membantu guru mengenalpasti secara khusus kesulitan kesulitanyangdihadapiolehmurid.
• Ujian diagnostik bertujuan membantu guru mengenal pasti punca kegagalan murid untuk menguasai sesuatu kemahiran.
• Ujian diagnostik bertujuan membantu guru mengenal pasti kumpulan tertentu mengikut kebolehan dan kawasan-kawasan kesukaran yang dihadapi oleh murid.
• Ujian diagnostik bertujuan membantu guru merancang satu program pengajaran yang khusus pada individu atau kumpulan dengan lebih tepat dan sistematik.
• Ujian diagnostik bertujuan membolehkan guru merancang dan membina program dan bahan bantu mengejar yang bersesuaian mengikut tahap murid.
Membina Ujian Diagnostik
Sebelum membina sesuatu ujian diagnostik, beberapa perkara utama perlu ditentukan:
• Objektif ujian
• Kemahiran yang hendak diuji
• Bagaimana hendak menguji individu / kumpulan.
• Siapa yang hendak diuji – sasaran.
• Ujian yang dirancang dengan teliti, cermat dan sempurna dapat memberikan penilaian yang lebih adil terhadap murid pemulihan. Oleh itu, borang JPU perlu disediakan.-
• Ujian berbentuk lisan dan bertulis lebih sesuai untuk menilai kesukaran yang dihadapi oleh murid dalam pembelajaran.
• Kemahiran tersebut mestilah telah diajar sebelum ia diuji. Kemahiran tersebut hendaklah disusun dari senang ke susah.
• Item yang hendak dibina berdasarkan kemahiran yang telah diperincikan terlebih dahulu.
Pelaksanaan dan Panduan Mentadbir Ujian Diagnostik
• Ujian diagnostik hendaklah dilaksanakan setelah guru mengenal pasti murid-murid yang dipilih mengikuti program pemulihan Bahasa Melayu.
• Ujian diagnostik lisan dijalankan secara individu, sementara ujian diagnostik bertulis dijalankan secara kumpulan kecil tidak melebihi empat orang dalam satu masa.
• Oleh sebab ujian ini disediakan mengikut turutan kognitif yang paling rendah kepada yang paling tinggi – pengetahuan, pemahaman, penggunaan, maka hendaklah dimulakan dengan ujian lisan dan di ikuti dengan ujian bertulis.
• Ujian ini hendaklah diberhentikan sekiranya seseorang yang di uji itu didapati gagal menjawab semua item dengan betul dalam 3 kemahiran berturut-turut.
• Setiap jawapan murid dalam ujian lisan hendaklah direkodkan.
• Keputusan ujian diagnostik dapat memberi panduan kepada guru untuk menyusun satu program pengajaran kepada murid tersebut.
• Berikan masa yang cukup kepada murid untuk menjawab soalan supaya mereka dapat menjawab dengan tenag dan selesa.
• Markah uijan yang diberi tidak penting, tetapi yang penting ialah keterangan-keterangan atau data-data yang diberi cara mana murid belajar.
• Semua jawapan hendaklah diteliti oleh guru supaya guru tahu apa yang murid tidak tahu dan di manaa kesilapan mereka.
• Setiap kesalahan dan kesilapan murid hendaklah direkodkan untuk menjadi panduan kepada guru pada satu masa yang lain.
Analisa Ujian Diagnostik
• Jumlah kesalahan setiap kemahiran yang dilakukan oleh murid hendaklah direkodkan dalam borang analisis
• Hasil analisis ujian diagnostik menjadi asas kepada guru untuk merancang pengajaran sama ada secara kumpulan atau pun individu.
Kepentingan Pengajaran Mikro
Kepentingan Pengajaran Mikro
- Guru-guru dapat dilatih mengenai kemahiran-kemahiran yg terdapat dalam menjalankan pengajaran.
- Memberi persediaan dan pendedahan awal kepada semua guru pelatih mengenai cara-cara menjalankan sesuatu kemahiran dalam pengajaran
- Memberi peluang kepada semua guru-guru pelatih menjalankan sesuatu kemahirab di dalam bilik kuliah dgn bimbingan pensyarah
- Guru pelatih mendfapat peluang mempraktikkan kemahiran mengajara satu demi satu dalam situasi pelajaran yang terancang dan dipermudahkan.
- Guru-guru pelatih boleh mempelajari teknik mengajar dalam keadaan yg tenan ,mudah dan lebih kompleks
- Membolehkan guru-guru pelatih mengamalkan teori yang disampaikan oleh pensyarah
- Dapat membantu guru pelatih mengurangkan pelbagai masalah dlm pengajaran biasa di sekolah pada masa depan
- Meningkatkan keyakinan guru peltih supaya mereka bersedia menghadapi situasi pengajaran sebenar
- Menguji keberkesanan kurikulum dan kaedah baru kpd beberapa org pelajar.
- Melahirkan pelatih yang dapat mengkaji sendiri kelebihan dan kekurangan yang dilakukan dalam sesi mikro
- Memahami kesilapan pengajaran mereka dan membaikinya serta mengukuhkan kelebihan
- Membolehkan guru terlatih memeriksa kemahiran-kemahiran dgn memisahkan anatara satu sama lain. Ini akan membolehkan seseorang guru mengkaji secara berasingan tiap-taip kemahiran itu dgn jelas
Strategi Pelaksanaan Mikro
Strategi Pelaksanaan Mikro
Strategi Pelaksanaan Pengajaran Mikro
Allen & Ryan telah memperkenalkan pusingan pengajaran mikro yg menjadi asas pengajaran tersebut ;-
Perancangan
Mengajar
Pencerapan
Perancangan Semula
Mengajar semula
Pencerapan semula
Pengelolaan Pengajaran Mikro
Terdapat empat komponen besar pengajaran mikro;-
Taklimat-tajuk,isi kandungan dan kemahiran
Mengajar;-buat persediaan, tumpu perhatian pada satu kemahiran saja
Sesi kritik- perbincangan
Mengajar semula;
Peranan Individu dalam pengajaran Mikro
Peranan
Guru :-sampaikan pengajaran dgn gunakan kemahiran tertentu.Tajuk
dipilih berdasarkan kemampuan,bakat dan kebolehan pelajar,akur terhadap
saranan pensyarah.
Gp akan diminta mengulas perlakuanya dlm penyampian ilmu pengetahuan
Peranan Pengkrikitk
Perhatikan tiap-tiap peringkat perkembangan p&p
Catatakan pemerhatian dlm borang penilaian
Nyatakan kekurangan dan kekuatan
Peranan Jurukamera
Fokuskan kamera kapada kegiatan guru yg sedang mengajar.
Tumpukan ke arah guru yg sedang mengajar,memberi penaran,memnulis di papan hitam/putih,tujuk cara
PENGAJARAN MIKRO
PENGAJARAN MIKRO
Definisi Pengajaran Mikro
Pengajaran mikro merupakan satu daipada perkembangan yang paling penting dalam bidang pengajaran praktik. Pengajaran ini bermula di Uni Stanford 1963. Pegawai-pegawai yg diketuai oleh Dwight Alter di Pusat penyelidikan dan perkembangan dalam pengajaran telah mencipta suatu pendekatan bagi latihan perguruan praktik dgn menggunakan teknik-teknik seperti amalan kumpulan,kawalan rapi,kaedah yg lebih analitikal dan satu pendekatan yg baru utk mendapatkan maklumat semula. Sejak itu, teknik ini telah digunakan dengan meluas di Britain dan USA.
Pengajaran Mikro merupakan satu pengajaran skala kecil yg bertujuan melatih guru-guru pelatih dalam kemahiran set induksi,penyoalan,variasi ransangan,memberi penerangan,menggunakan contoh dan ilustrasi,pengukuhan,menggunakan papamn kapur ,BBm dan penutup
Pengajaran Mikro merupakan satu teknik pengajaran dalam masa 5-15 minit utk megajar sesuatu kemahiran tertentu bagi satu kumpulan murid. Ianya sama dengan penggunaan teknik simulasi utk menguasai kemahiran-kemahiran pengajaran tertentu. ( Mok Soo Sang )
Pengajaran mikro merupakan titik permulaan dalam program latihan mengajar bagi guru pelatih yg mengikuti kursus perguruan di maktab @ institusi perguruan. Pengajaran moikro merupakan persediaan bagi guru pelatih sebelum menjalani praktikum di sekolah
( Poh Swee Hiang 1997 )
PENGAJARAN MAKRO
PENGAJARAN MAKRO
Definisi Makro
Makro bermaksud awalan yang banyak
Pengajaran
makro merangkumi segala proses pengajaran,sekurang-kurangya satu unit
kemahiran,dalam sesuatu waktu pelajaran. Di dalam proses makro meliputi
tiga peringkat pemulaan pengajaran,perkembangan dan penutup
Merupakan simulasi satu pengajaran yang lengkap kepada satu kelas biasa.simulasi boleh dilakukan di dalam bilik darjah,makmal atau bilik previu
Pengajaran
makro merupakan kesepaduan teknik-teknik pengajaran mikro yg disokong
oleh perancangan pengajaran pembelajaran yang sekian lama dipelajari.
Objektif Pengajaran Makro
Menyediakan suatu kemahiran lengkap kepada semua guru pelatih.
Mempraktikana suatu suasana sebenar apabila mengajar
Memperbaiki kelemahan-kelemahan pengajara yang berlaku di samping mengukuhkan kelebihan mengajar
Kepentingan Pengajaran makro
Memberi peluang kepada guru pelatih mempraktikkan kemahiran mengajar satu demi satu dalam situasi yg terancang .
Mengurangkan pelbagai masalah dlm pengajaran biasa disekolah
Meningkatkan keberkesanan kurikulum dan keadah baru kpd beberapa org pelajar
Membolehkan guru menjalankan amali sebenar- benarnya sebagai melatih diri utk mejadi guru
Matlamat makro
Melahirkan guru-guru yg mempunyai keyakinan yang tinggi apabila mula menjalankan tugas kelak
Menjadi lebih berkaliber dan kreatif semasa menagajar
Pendedahan yg dipelajari semasa di maktab menjadi satu kayu pengukur dalam menjalankan pengajaran
Mengetahui setiap persediaan yg perlu dibuat apabila memulakan tuigas mengajar
Perancangan
Kejayaan bergantung kepada perancangan yang rapi.
Komponen persediaan;- tarikh/masa/mata pelajaran/kelas/bil pelajar dan tajuk
Kemahiran:-nombor kemahiarn /isinya
Pengetahuan sedia ada
Objektif pelajaran (kognitif/psikomotor/afektif)
Sumber P&P
Penerapan Nilai murni
Penggabungjalinan kemahiran
Komponen Penyampian
Set induksi
Perkembangan- langkah pengajaran.
Strategi pengajaran
Langkah pengajaran makro
Set Induksi
Perkembangan
penutup
Kaedah Membaca (Kaedah Abjad)
Kaedah Membaca (Kaedah Abjad)
Menurut Azman Wan Chik (1993), kaedah abjad dianggap
sebagai kaedah nama-nama huruf yang digunakan di dalam tulisan Melayu, iaitu huruf
a hingga z. Kaedah ini merupakan kaedah yang paling biasa
digunakan dalam mengajar mengeja dan membaca perkataan. Murid-murid
diajar menghafal nama-nama huruf secara mengikut turutan bermula dari a hingga z.
Kemudian kanak-kanak diajar mengenali huruf-huruf vokal a, e, i, o, u,
huruf-huruf konsonan, dan diftong ai, au, oi.
Selepas itu, huruf-huruf ini digabungkan bagi membentuk suku kata dan
seterusnya perkataan.
Contoh: Memperkenalkan
huruf a - z
1.
Memperkenalkan huruf vokal a, e, i, o, u
2.
Menggabungkan huruf konsonan dan vokal - ba,
be, bi, bo, bu
3.
Membentuk perkataan daripada suku
kata - ba + ju baju
4.
Membina rangkai kata – baju biru
5.
Membina ayat mudah – Ini baju biru Abu
Kekuatan kaedah ini adalah kerana sesuai dengan binaan
perkataan bahasa Melayu yang terdiri daripada suku kata yang tetap
bunyinya. Kaedah ini juga membolehkan
kanak-kanak mengeja perkataan-perkataan baharu yang belum dipelajarinya. Selain itu, kaedah ini memberi asas yang
kukuh dalam kemahiran membaca.
Teknik pengajaran boleh juga dimulakan dengan guru
menunjukkan kad abjad kepada murid dan guru menyebut terlebih dahulu
abjad-abjad tersebut untuk memperkenalkannya kepada murid. Kemudian, sekali lagi
guru menunjukkan kad-kad abjad tersebut dan meminta murid untuk mengenal pasti
dan menyebut abjad-abjad yang ditunjukkan dengan bantuan guru.
Guru membetulkan setiap kesilapan sebutan murid sewaktu
kad-kad abjad ditunjukkan. Proses ini diulang sehingga murid mampu mengenal pasti
dan menulis abjad-abjad yang telah diajar. Seterusnya, guru melekatkan kad-kad
abjad tersebut di papan hitam. Guru akan memilih murid secara rawak dan meminta
murid tersebut mengambil kad pada papan tulis berdasarkan apa yang disebut oleh
guru. Selepas itu, murid diminta membuat latihan bertulis dalam buku
masing-masing. Guru akan menyebut abjad manakala murid perlu mendengar dengan
teliti dan menulisnya dalam buku.
Kaedah Membaca (Kaedah Seluruh/Pandang dan Sebut)
Kaedah Membaca (Kaedah Seluruh/Pandang dan Sebut)
Kaedah seluruh kata sangat popular
dalam mengajar bacaan dalam Bahasa Inggeris, namun guru boleh mencuba kaedah
ini untuk mengajar membaca dalam bahasa Melayu. Kaedah ini juga disebut sebagai
Kaedah Pandang dan Sebut.
Melalui kaedah ini, pengajaran
membaca adalah berdasarkan perkataan-perkataan yang biasa diguna seharian
yang membentuk kebanyakan pertuturan kita seperti saya, minum, kopi,
sepak, bola emak, bapa, adik, abang, kawan, dan sebagainya.
Guru akan memperkenalkan beberapa perkataan dahulu
dan menyebutnya berulang-ulang. Kebiasaannya
perkataan tersebut disertakan gambar dan murid belajar secara pandang (visual) dan
mengecam perkataan. Kaedah ini tidak
menggunakan aktiviti mengeja sama
sekali.
Sekiranya murid tidak dapat menyebut perkataan tertentu, guru digalakkan menggunakan fonik atau bunyi huruf, iaitu menghubungkan
satu huruf dengan satu bunyi untuk membantu murid menyebut perkataan
tersebut. Misalnya bagi perkataan
”rumah”, guru boleh membantu murid dengan menyebut bunyi huruf ”r”, iaitu [ r ] dan kalau perlu membunyikan suku
kata [ ru ]
Dasar kaedah
ini ialah menggunakan perkataan dari mulanya tanpa mengenalkan dan menghafalkan
huruf-huruf abjad terlebih dahulu. Perkataan-perkataan yang diperkenalkan itu
disertakan dengan gambar. Kaedah ini mementingkan bunyi perkataan atau rangkai kata
berdasarkan pengalaman melalui gambar dan bunyi ayat atau cerita berdasarkan
gambar.
Kanak-kanak dilatih melakukan dua kemahiran dalam satu masa, iaitu menyebut
keseluruhan perkataan dan melakukan pengesanan terhadap rangsangan berbentuk
gambar. Guru kerap kali menunjukkan seluruh perkataan seiring dengan
gambar-gambar yang dilambangkannya. Contohnya, perkataan “bunga” ditulis di
tepi atau di bawah gambar bunga. Kadang-kadang ini boleh digunakan sebagai
kad-kad imbasan.
Kaedah Membaca (Kaedah Bunyi/Fonik)
Kaedah Membaca (Kaedah Bunyi/Fonik)
Kaedah fonik adalah antara
kaedah mengajar bacaan yang digemari oleh guru.
Kaedah ini menekankan tentang hubungan bunyi-bunyi dengan
huruf-hurufnya. Kaedah bunyi sesuai
digunakan kerana susuk bahasa Melayu yang terdiri daripada suku kata yang tetap
bunyinya.
Menurut kaedah fonik, hanya
bunyi huruf yang diperkenalkan terlebih dahulu, kemudian diikuti dengan
membunyikan suku kata dan seterusnya membunyikan perkataan.
Dalam bidang fonetik, huruf
tidak dieja tetapi terus
dibunyikan. Contohnya huruf ‘a’ disebut sebagai [ a ], dan begitulah bagi
huruf-huruf dan suku kata yang lain. Sebagai
contoh, ‘ba’ + ‘ta’ terus
disebut sebagai [ ba ] + [ ta ] dan seterusnya disebut sebagai
[ bata ].
[ beh ] + [ a ]
= [ ba ]
[ teh ] + [ a
] =
[ ta ]
[ beh + a = ba] + [teh + a = ta ] = [
bata ]
Kanak-kanak
seawal usia tiga tahun dapat mengecam dan membezakan bunyi-bunyi dan
bentuk-bentuk. Oleh itu, dengan teknik yang betul anak-anak dapat mengenal
bunyi dan mengaitkan bunyi tersebut dengan bentuk huruf yang ditunjukkan dengan
cepat.
Anak-anak dapat
menyebut bunyi ‘aa’ apabila melihat huruf ‘a’ (nama huruf ‘ei’) dan bunyi ‘ii’
apabila melihat huruf ‘e’. Sehubungan itu, apabila anak-anak melihat perkataan
‘ani’, dia akan menyebut bunyi ‘aa’ ‘nn’ ‘ii’ ( bunyi ani) bukannya ‘ei’ ‘en’ ‘ai’
(bunyi enai).
Beberapa teknik
mengajar bunyi boleh dilakukan oleh ibu bapa tetapi kaedah asosiasi adalah yang
terbaik. Melalui kaedah asosiasi, bunyi ‘aa’ tersebut boleh dikaitkan dengan
aksi terkena api. Jadi buat aksi orang terkena api sambil menjerit ‘aaa...
panasnya!’ Melalui asosiasi ini anak dapat mengingat dan menyebut bunyi dengan
lebih berkesan, cepat dan berkekalan.
Guru tidak perlu
memperkenalkan semua bunyi sekaligus cukup sekadar beberapa bunyi asas terlebih
dahulu. Sila dapatkan siri cepat membaca ’Bacalah Anakku’ yang telah disusun
secara sistematik dalam pemilihan bunyi-bunyi huruf yang sesuai terlebih
dahulu. Dengan mengikut susunan siri ini, anak dapat menguasai bunyi dengan
lebih teratur dan berkesan. Oleh sebab laras bahasa Melayu terbina daripada
gabungan huruf konsonan dengan huruf vokal ‘a’ ‘i’ dan ‘u’ lebih kerap,
wajarlah bunyi-bunyi ‘a i u’ diperkenalkan terlebih dahulu. Lebih-lebih lagi
bunyi-bunyi ini lebih senang disebut oleh kanak-kanak. Seterusnya bunyi-bunyi
konsonan lain diperkenalkan satu persatu , contohnya ‘b’ ‘n’ ‘m’ ‘s’ dan ‘k’.
Seterusnya,
dengan berpandukan siri cepat membaca ’Bacalah Anakku’, ajar anak-anak membaca
gabungan huruf konsonan dan vokal yang diajarkan , contohnya ‘b’ dan ‘a’ ‘i’
dan ‘u’ untuk membaca ‘ba’ ‘bi’ dan ‘bu’. Melalui kaedah fonetik, anak-anak
tidak akan mengeja ‘ba’ menjadi “ba” ; tidak juga menghafal suku kata ‘ba’;
tetapi mereka membaca dengan menggabung-gabungkan bunyi ‘beh’ (bagi huruf ‘b’)
dan ‘aa’ (bagi huruf ‘a’).
MASALAH MEMBACA DI KALANGAN MURID PEMULIHAN KHAS
MASALAH MEMBACA DI KALANGAN MURID PEMULIHAN KHAS
Masalah dalam Membaca
Tidak Kenal Huruf
Masalah
tidak kenal huruf merupakan punca utama kebanyakan kanak-kanak gagal
membaca dengan baik. Keadaan ini menyebabkan kanak-kanak akan menyebut
sesuatu huruf sesuka hati atau dengan meneka sahaja dan menjadikan
perkataan itu tidak bermakna atau berlainan
makna.
makna.
Meninggalkan Huruf
Huruf dan imbuhan ditinggalkan ketika membaca, misalnya ”buah” disebut
’uah”, ”kering” disebut ”kerin”, ”mengandungi” disebut ”mengandung” dan sebagainya.
Meninggalkan Perkataan
Perkataan dalam ayat juga kerap ditinggalkan semasa membaca, seperti;
”Buku itu sangat tebal ” dibaca sebagai ”Buku itu tebal”.
”Buku itu sangat tebal ” dibaca sebagai ”Buku itu tebal”.
Tidak Memahami Apa yang dibaca
i) Gagal memahami maksud perkataan dan frasa yang berkaitan dengan waktu seperti selepas, sudah, sebelum, pagi, sekejap, dan sebagainya.
ii) Tidak
memahami maksud perkataan dalam pelbagai situasi, misalnya dalam ayat
“Panjatlah lagi pokok itu” yang bermaksud melarang seseorang daripada memanjat pokok.
iii) Gagal
memahami atau membuat urutan idea atau peristiwa yang terdapat dalam
bahan bacaan terutamanya apabila diminta menceritakan semula petikan
yang dibaca.
iv) Lambat memberi tindak balas terutamanya apabila tidak memahami arahan yang dibaca.
v) Gagal menghubungkan sebab dan akibat dalam bahan bacaan yang dibaca.
vi) Tidak dapat mengenal pasti perkara yang tidak munasabah (absurdities) dalam bahan yang dibaca.
vii) Tidak dapat mentafsir atau menggunakan carta, graf, peta, rajah, dan sebagainya dalam buku.
Teragak-agak
Teragak-agak (hesitation)
- teragak-agak bermaksud berhenti sejenak sebelum menyebut sesuatu
perkataan ketika membaca disebabkan kanak-kanak tidak pasti akan
bacaannya.
Salah Sebutan
Salah
sebutan terjadi akibat kanak-kanak tidak mengenal huruf atau tidak tahu
membunyikan sesuatu huruf sehingga sesuatu perkataan tidak bermakna
lagi dalam konteks ayat berkenaan.
Kesalahan-kesalahan di atas boleh mengubah makna perkataan atau ayat yang dibaca dan perlu diberi perhatian oleh guru untuk mengatasinya. Selain itu, guru juga perlu memerhati tingkah laku yang ditunjukkan semasa murid membaca yang boleh menunjukkan murid itu bermasalah dalam bacaan. Antara tingkah laku yang kerap ditunjukkan adalah yang berikut:
a) membatang suku kata terlebih dahulu sebelum dapat menyebut seluruh perkataan,
b) bacaan tersekat-sekat, iaitu perkataan demi perkataan dan tidak lancar,
c) membaca terlampau cepat atau gopoh tanpa menghiraukan tanda bacaan,
e) membaca terlampau lambat atau merangkak-rangkak,
f) menunjuk perkataan dengan jari ketika membaca,
g) tingkah laku yang tidak selesa seperti mengedip-ngedipkan mata,
mengerut dahi, menggeleng-geleng kepada, dan sebagainya,
h) Suara terlalu perlahan dan tidak jelas atau ”blurring”,
i) kedudukan mata terlalu dekat dengan bahan bacaan,
j) cuba mengelak daripada aktiviti membaca, dan
i) kedudukan mata terlalu dekat dengan bahan bacaan,
j) cuba mengelak daripada aktiviti membaca, dan
k) tidak boleh membaca langsung.
Guru
mestilah peka dengan petunjuk-petunjuk tingkah laku yang ditunjukkan
oleh murid-muridnya kerana tingkah laku tersebut menunjukkan murid
berkenaan menghadapi masalah dalam bacaan.
Lemah Daya Ingatan
Ingatan
pada otak kadang kala mendatangkan masalah seperti sel-sel pada otak
tidak dapat berhubung antara satu sama lain. Ini mungkin disebabkan
oleh kecederaan yang pernah dialami oleh pesakit sama ada kemalangan
ataupun kecederaan akibat terhantuk benda yang keras.
Simptom:
a. Semakin lemah daya ingatan/ lupa
b. Gagal mengenal pasti objek
c. Masalah emosi seperti kemurungan dan depresi
d. Rasa janggal di tempat yang biasa dilawati
e. Hilang kemampuan jasmani
f. Tidak mengendahkan kebersihan diri
g. Tidak berminat dengan pelajaran/ pekerjaan
Menambah Perkataan
Murid-murid
sering menambah perkataan semasa membaca seperti ’bulan-bulan’ disebut
’bulang-bulang’, ’ikan-ikan’ disebut ’ikang-ikang’ dan seumpamanya.
Mengulang Perkataan/ Ulangan (repetition)
Mengulang-ulang perkataan atau suku kata semasa membaca dan perbuatan mengulang ini bukan disebabkan oleh masalah gagap.
Mengeja Semasa Membaca
a. Teragak-agak semasa membaca
b. Menunjuk teks bacaan dengan jari ketika membaca
c. Tidak berupaya membaca ayat yang panjang kerana was-was dan
kurang yakin salah atau betul.
d. Kemajuan pembacaan yang lemah
Subscribe to:
Posts (Atom)