MASALAH MEMBACA DI KALANGAN MURID PEMULIHAN KHAS
Masalah dalam Membaca
Tidak Kenal Huruf
Masalah
tidak kenal huruf merupakan punca utama kebanyakan kanak-kanak gagal
membaca dengan baik. Keadaan ini menyebabkan kanak-kanak akan menyebut
sesuatu huruf sesuka hati atau dengan meneka sahaja dan menjadikan
perkataan itu tidak bermakna atau berlainan
makna.
makna.
Meninggalkan Huruf
Huruf dan imbuhan ditinggalkan ketika membaca, misalnya ”buah” disebut
’uah”, ”kering” disebut ”kerin”, ”mengandungi” disebut ”mengandung” dan sebagainya.
Meninggalkan Perkataan
Perkataan dalam ayat juga kerap ditinggalkan semasa membaca, seperti;
”Buku itu sangat tebal ” dibaca sebagai ”Buku itu tebal”.
”Buku itu sangat tebal ” dibaca sebagai ”Buku itu tebal”.
Tidak Memahami Apa yang dibaca
i) Gagal memahami maksud perkataan dan frasa yang berkaitan dengan waktu seperti selepas, sudah, sebelum, pagi, sekejap, dan sebagainya.
ii) Tidak
memahami maksud perkataan dalam pelbagai situasi, misalnya dalam ayat
“Panjatlah lagi pokok itu” yang bermaksud melarang seseorang daripada memanjat pokok.
iii) Gagal
memahami atau membuat urutan idea atau peristiwa yang terdapat dalam
bahan bacaan terutamanya apabila diminta menceritakan semula petikan
yang dibaca.
iv) Lambat memberi tindak balas terutamanya apabila tidak memahami arahan yang dibaca.
v) Gagal menghubungkan sebab dan akibat dalam bahan bacaan yang dibaca.
vi) Tidak dapat mengenal pasti perkara yang tidak munasabah (absurdities) dalam bahan yang dibaca.
vii) Tidak dapat mentafsir atau menggunakan carta, graf, peta, rajah, dan sebagainya dalam buku.
Teragak-agak
Teragak-agak (hesitation)
- teragak-agak bermaksud berhenti sejenak sebelum menyebut sesuatu
perkataan ketika membaca disebabkan kanak-kanak tidak pasti akan
bacaannya.
Salah Sebutan
Salah
sebutan terjadi akibat kanak-kanak tidak mengenal huruf atau tidak tahu
membunyikan sesuatu huruf sehingga sesuatu perkataan tidak bermakna
lagi dalam konteks ayat berkenaan.
Kesalahan-kesalahan di atas boleh mengubah makna perkataan atau ayat yang dibaca dan perlu diberi perhatian oleh guru untuk mengatasinya. Selain itu, guru juga perlu memerhati tingkah laku yang ditunjukkan semasa murid membaca yang boleh menunjukkan murid itu bermasalah dalam bacaan. Antara tingkah laku yang kerap ditunjukkan adalah yang berikut:
a) membatang suku kata terlebih dahulu sebelum dapat menyebut seluruh perkataan,
b) bacaan tersekat-sekat, iaitu perkataan demi perkataan dan tidak lancar,
c) membaca terlampau cepat atau gopoh tanpa menghiraukan tanda bacaan,
e) membaca terlampau lambat atau merangkak-rangkak,
f) menunjuk perkataan dengan jari ketika membaca,
g) tingkah laku yang tidak selesa seperti mengedip-ngedipkan mata,
mengerut dahi, menggeleng-geleng kepada, dan sebagainya,
h) Suara terlalu perlahan dan tidak jelas atau ”blurring”,
i) kedudukan mata terlalu dekat dengan bahan bacaan,
j) cuba mengelak daripada aktiviti membaca, dan
i) kedudukan mata terlalu dekat dengan bahan bacaan,
j) cuba mengelak daripada aktiviti membaca, dan
k) tidak boleh membaca langsung.
Guru
mestilah peka dengan petunjuk-petunjuk tingkah laku yang ditunjukkan
oleh murid-muridnya kerana tingkah laku tersebut menunjukkan murid
berkenaan menghadapi masalah dalam bacaan.
Lemah Daya Ingatan
Ingatan
pada otak kadang kala mendatangkan masalah seperti sel-sel pada otak
tidak dapat berhubung antara satu sama lain. Ini mungkin disebabkan
oleh kecederaan yang pernah dialami oleh pesakit sama ada kemalangan
ataupun kecederaan akibat terhantuk benda yang keras.
Simptom:
a. Semakin lemah daya ingatan/ lupa
b. Gagal mengenal pasti objek
c. Masalah emosi seperti kemurungan dan depresi
d. Rasa janggal di tempat yang biasa dilawati
e. Hilang kemampuan jasmani
f. Tidak mengendahkan kebersihan diri
g. Tidak berminat dengan pelajaran/ pekerjaan
Menambah Perkataan
Murid-murid
sering menambah perkataan semasa membaca seperti ’bulan-bulan’ disebut
’bulang-bulang’, ’ikan-ikan’ disebut ’ikang-ikang’ dan seumpamanya.
Mengulang Perkataan/ Ulangan (repetition)
Mengulang-ulang perkataan atau suku kata semasa membaca dan perbuatan mengulang ini bukan disebabkan oleh masalah gagap.
Mengeja Semasa Membaca
a. Teragak-agak semasa membaca
b. Menunjuk teks bacaan dengan jari ketika membaca
c. Tidak berupaya membaca ayat yang panjang kerana was-was dan
kurang yakin salah atau betul.
d. Kemajuan pembacaan yang lemah
No comments:
Post a Comment