Dari wall Ustaz Zailan Shafie:
Seorang pakcik tua sedang duduk bersama anaknya yang berumur 25 tahun
di atas keretapi. Ini bukan kali pertama mereka menduduki keretapi.
Keretapi bakal bergerak, semua penumpang mengambil tempat masing-masing.
Semasa keretapi itu mula bergerak, anak pakcik tersebut berasa
tersungguh riang dan penuh perasaan ingin tahu melihat keluar tingkap…
Beliau meletakkan tangannya di luar tingkap untuk m
erasai udara melepasi tangannya. Anak berusia 25 tahun itu menoleh ke
arah ayahnya – “Abon, Abon – lihat semua pokok bergerak ke belakang.”
Abonnya tersenyum, “Ya, anakku sayang, memang begitu. Menakjubkan kan?”
“YA ayah,” jerit anaknya dengan riang.
Duduk tepi anak-ayah ini
adalah sepasang suami isteri berumur hampir 40an. Mereka mendengar
segala perbualan antara anak-ayah ini. Mereka terasa pelik mengapa anak
pakcik yang sudah besar ini berkelakuan seperti seorang kanak-kanak.
Peliklah anak pakcik ini…” bisik mereka. Kemudian, anak pakcik itu
menjerit lagi, “ABON, ABON, hujan hujan. Air sedang menyentuh tangan
saya… Abon tengok.” Si ayah menjawab, “Ya memang begitu anakku” sambil
tersenyum gembira.
Pasangan suami isteri itu tidak dapat
bertahan lagi dengan gangguan suara kerana perangai anak pakcik tersebut
yang dianggap mereka kurang siuman lalu memberikan cadangan. “Pakcik,
mengapa tak bawa anak ke hospital … untuk terima rawatan…” Pakcik tua
itu menoleh dan menjawab…
“Sudah. Kami dari hospital ini nak
balik kampung… Maknya sedang menunggu kegembiraan kepulangan kami… Anak
saya baru dapat melihat buat kali pertamanya hari ini dalam hidup dia
dan dia bakal dapat melihat wajah maknya buat pertama kalinya….”
Pasangan suami isteri itu tersengam diam malu seribu bahasa….
Adakah perkara ini pernah terjadi kepada anda? Sudah tentu pernah.
Pernah tak terfikir mengapa Allah membuat dua mata di depan, dan bukan
satu di depan dan satu di belakang? Hikmahnya ialah apa yang dipandang
mata manusia hanyalah sebahagian sahaja – tidak 360 darjah – Oleh itu,
janganlah mengganggap apa yang dilihat di depan mata ialah segalanya. Ia
hanya sebahagian sahaja.
Sebahagian lagi perlu dilihat dengan
mata hati. Bukan hati yang bersangka buruk tapi hati yang bersedia
bersangka baik kepada apa yang dilihat. Jangan anggap sendiri tahu
segalanya walaupun perkara itu di depan mata kerana mata hanya mampu
melihat apa yang minda nak lihat. Minda sangka buruk, maka mata yang
memandang akan fokus kepada perkara buruk dan begitu juga sebaliknya.
Ingat sesuatu situasi ataupun pandangan mata adalah neutral. Minda yang
menafsirnya baik dan buruk. Yang kita dapat lihat tidak semestinya
betul, yang kita tak dapat lihat tak semestinya silap.
ALLAHUAKHBAR! ALLAH Maha Besar...
Nota saya:
JADILAH ORANG YANG CUBA MEMAHAMI BUKANNYA MENGHUKUM. JADILAH MANUSIA YANG MEMPUNYAI EMPATI, BUKAN SEKADAR SIMPATI.
Duduk tepi anak-ayah ini adalah sepasang suami isteri berumur hampir 40an. Mereka mendengar segala perbualan antara anak-ayah ini. Mereka terasa pelik mengapa anak pakcik yang sudah besar ini berkelakuan seperti seorang kanak-kanak. Peliklah anak pakcik ini…” bisik mereka. Kemudian, anak pakcik itu menjerit lagi, “ABON, ABON, hujan hujan. Air sedang menyentuh tangan saya… Abon tengok.” Si ayah menjawab, “Ya memang begitu anakku” sambil tersenyum gembira.
Pasangan suami isteri itu tidak dapat bertahan lagi dengan gangguan suara kerana perangai anak pakcik tersebut yang dianggap mereka kurang siuman lalu memberikan cadangan. “Pakcik, mengapa tak bawa anak ke hospital … untuk terima rawatan…” Pakcik tua itu menoleh dan menjawab…
“Sudah. Kami dari hospital ini nak balik kampung… Maknya sedang menunggu kegembiraan kepulangan kami… Anak saya baru dapat melihat buat kali pertamanya hari ini dalam hidup dia dan dia bakal dapat melihat wajah maknya buat pertama kalinya….”
Pasangan suami isteri itu tersengam diam malu seribu bahasa….
Adakah perkara ini pernah terjadi kepada anda? Sudah tentu pernah. Pernah tak terfikir mengapa Allah membuat dua mata di depan, dan bukan satu di depan dan satu di belakang? Hikmahnya ialah apa yang dipandang mata manusia hanyalah sebahagian sahaja – tidak 360 darjah – Oleh itu, janganlah mengganggap apa yang dilihat di depan mata ialah segalanya. Ia hanya sebahagian sahaja.
Sebahagian lagi perlu dilihat dengan mata hati. Bukan hati yang bersangka buruk tapi hati yang bersedia bersangka baik kepada apa yang dilihat. Jangan anggap sendiri tahu segalanya walaupun perkara itu di depan mata kerana mata hanya mampu melihat apa yang minda nak lihat. Minda sangka buruk, maka mata yang memandang akan fokus kepada perkara buruk dan begitu juga sebaliknya.
Ingat sesuatu situasi ataupun pandangan mata adalah neutral. Minda yang menafsirnya baik dan buruk. Yang kita dapat lihat tidak semestinya betul, yang kita tak dapat lihat tak semestinya silap.
ALLAHUAKHBAR! ALLAH Maha Besar...
Nota saya:
JADILAH ORANG YANG CUBA MEMAHAMI BUKANNYA MENGHUKUM. JADILAH MANUSIA YANG MEMPUNYAI EMPATI, BUKAN SEKADAR SIMPATI.
2 comments:
apa ye perbezaan empati dnegan simpati?
simpati sekadar rasa kasihan ...empati dapat meletakkan diri berada di tempat orang yang menghadapi permasalahan (menjiwai perasaan)
Post a Comment